Skip to main content

PM Tinjau Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan tinjauan ke Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) serta menyaksikan penubuhan Cyber Security Cryptology Development Centre (CSCDC).

Beliau turut menyaksikan pelantikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah CSCDC.

“Lawatan ini turut mengetengahkan inisiatif Kriptografi Pasca-Kuantum (PQC) yang diterajui oleh bakat muda PTPKM melalui program PQC Sandbox, dalam usaha memperkukuh keupayaan keselamatan siber dan kriptologi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar juga menyeru generasi muda untuk terus menguasai teknologi strategik demi memastikan keselamatan dan kedaulatan digital negara terus terpelihara.

PTPKM ialah sebuah entiti utama negara yang bertanggungjawab dalam menyelidik, membangun dan menguruskan sistem keselamatan siber serta kriptografi.

Mindmatics Sertai Pameran Teknologi Sempena Lawatan Rasmi Perdana Menteri ke PTPKM

PUTRAJAYA, 4 Jun 2026 – Mindmatics Sdn Bhd telah diberi penghormatan untuk menyertai pameran dan demonstrasi teknologi sempena lawatan rasmi Y.A.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) yang berlangsung di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

Lawatan rasmi tersebut bertujuan meninjau kemajuan inisiatif pembangunan teknologi strategik negara, termasuk pelaksanaan Program Migrasi Post-Quantum Cryptography (PQC) yang diterajui oleh PTPKM dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi cabaran keselamatan siber era pengkomputeran kuantum.

Sebagai syarikat teknologi tempatan yang aktif membangunkan penyelesaian keselamatan digital dan teknologi strategik negara, Mindmatics Sdn Bhd telah dijemput untuk mempamerkan keupayaan serta inovasi syarikat dalam bidang Post-Quantum Cryptography (PQC), komunikasi selamat dan teknologi berteraskan kecerdasan buatan (AI).

Penyertaan ini memberi peluang kepada Mindmatics untuk berkongsi perkembangan teknologi yang dibangunkan secara tempatan serta menyokong aspirasi kerajaan dalam memperkukuhkan ekosistem keselamatan siber negara. Di samping itu, sesi pameran tersebut turut menjadi platform bagi memperlihatkan keupayaan industri tempatan dalam menghasilkan teknologi berimpak tinggi yang mampu memenuhi keperluan keselamatan dan transformasi digital negara.

Lawatan dan pameran teknologi ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, pemain industri dan pihak berkepentingan dalam sektor teknologi bagi memperkukuh kerjasama strategik ke arah pembangunan teknologi nasional yang lebih mampan, berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat global.

Penyertaan Mindmatics dalam program berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong agenda negara untuk memperkasakan teknologi keselamatan digital dan mempercepatkan penggunaan teknologi masa hadapan yang selamat, berdaulat dan dibangunkan oleh kepakaran tempatan.

RADKOM Mindmatics bukti kemampuan teknologi komunikasi tempatan

New Source: DagangNews

KUALA LUMPUR 23 April – Dalam landskap keselamatan moden, keupayaan pertahanan tidak lagi hanya bergantung kepada sistem persenjataan atau kenderaan semata-mata.

Sebaliknya, aspek komunikasi yang selamat dan terlindung kini menjadi komponen kritikal bagi memastikan kelancaran operasi jarak dekat mahupun jauh.

Keperluan ini menuntut pembangunan teknologi tempatan agar negara tidak terlalu bergantung kepada sistem luar.

Perkara itu dibuktikan oleh syarikat tempatan, Mindmatics Sdn Bhd (Mindmatics) yang berjaya membangunkan sistem Radio Mudah Alih Digital dikenali sebagai RADKOM.

Nama RADKOM atau Radio Komunikasi Malaysia itu diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin sempena DSA 2026.

Sistem tersebut dibangunkan dalam tempoh setahun sebagai usaha memperkasakan teknologi komunikasi digital yang selamat dan efisien.

Menurut syarikat berkenaan, RADKOM kini telah melepasi fasa ujian dalaman dan bersedia menjalani ujian kesesuaian oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Ujian itu penting bagi menilai keberkesanan sistem dalam persekitaran operasi sebenar yang lebih mencabar.

“RADKOM dibangunkan berasaskan piawaian Digital Mobile Radio mengikut standard European Telecommunications Standards Institute yang digunakan secara meluas di peringkat global.

“Antara kelebihannya termasuk penggunaan frekuensi yang lebih efisien, sekali gus meningkatkan kualiti komunikasi dan mengurangkan gangguan isyarat.

“Selain itu, sistem trunking yang digunakan membolehkan komunikasi lebih stabil dan tersusun terutama dalam operasi melibatkan pelbagai agensi,” menurut pihak Mindmatics dalam satu kenyataan.

RADKOM turut menawarkan komunikasi suara digital berkualiti tinggi serta keupayaan integrasi dengan sistem pengurusan operasi moden.

la menyokong komunikasi berkumpulan dan individu, menjadikannya sesuai untuk sektor kerajaan, keselamatan, utiliti dan pengangkutan.

Jelas Mindmatics, dari segi keselamatan sistem ini dilengkapi teknologi penyulitan AES-256 serta kriptografi pasca-kuantum bagi memastikan perlindungan data lebih menyeluruh.

“Peranti ini juga direka mengikut standard ketenteraan dengan tahap ketahanan tinggi serta perlindungan persekitaran yang sesuai untuk operasi lasak.

“Dengan keupayaan pengeluaran tempatan, RADKOM berpotensi diperluas di peringkat nasional dan

mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar,” ujar kenyataan itu.

Pembangunan ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh ekosistem komunikasi dan

keselamatan negara. – DagangNews.com

MINDMATICS BANGUNKAN SISTEM KOMUNIKASI RADKOM PERTINGKAT KECEKAPAN DAN KESELAMATAN NEGARA


News Source: Air Times

KUALA LUMPUR, 23 APR – Syarikat tempatan, Mindmatics Sdn Bhd (Mindmatics) berjaya membangunkan sistem komunikasi Radio Mudah Alih Digital (Digital Mobile Radio -DMR) dikenali sebagai RADKOM (Radio Komunikasi Malaysia) bagi memperkukuh keupayaan komunikasi strategik negara.

Sistem berkenaan dibangunkan setahun lalu selaras dengan usaha memperkasakan teknologi komunikasi digital yang selamat dan efisien.

Nama RADKOM telah diberikan secara rasmi oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin pada pameran DSA 2026.

Menurut Mindmatics, RADKOM telah melalui fasa ujian dalaman dan kini bersedia untuk menjalani ujian kesesuaian oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menilai keberkesanan keseluruhan sistem dalam persekitaran operasi sebenar.

RADKOM menggunakan piawaian DMR yang dibangunkan mengikut standard European Telecommunications Standards Institute (ETSl), yang turut diguna pakai secara meluas di peringkat global.

Antara kelebihan utama sistem ini adalah penggunaan frekuensi yang lebih efisien dan tersusun, sekali gus meningkatkan kualiti komunikasi serta mengurangkan gangguan isyarat.

Selain itu, penggunaan sistem trunking membolehkan komunikasi dilakukan dengan lebih selamat, stabil dan tersusun, terutama dalam operasi berskala besar melibatkan pelbagai agensi.

RADKOM turut menawarkan komunikasi suara digital berkualiti tinggi, di samping keupayaan integrasi dengan aplikasi serta sistem pengurusan operasi moden. Sistem ini menyokong komunikasi secara berkumpulan dan individu, menjadikannya sesuai digunakan oleh pelbagai sektor termasuk kerajaan, keselamatan, utiliti dan pengangkutan.

Dari aspek keselamatan, RADKOM dilengkapi ciri penyulitan data berteknologi tinggi termasuk AES-256 serta dilengkapi dengan teknologi kriptografi pasca-kuantum (PQC), sekali gus meningkatkan tahap perlindungan maklumat. Peranti ini juga direka dengan prestasi lasak mengikut standard ketenteraan MIL-STD 810G serta perlindungan persekitaran IP68, sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan mencabar.

la turut menyokong operasi dalam mod digital dan analog, dengan julat frekuensi antara 350 hingga 479 MHz serta kuasa penghantaran 1W hingga 4W. RADKOM dilengkapi sistem GPS, bateri berkapasiti 3000mAh jenis lithium polymer serta keupayaan operasi dalam suhu antara -20 hingga 60 darjah Celsius dengan kelembapan sehingga 95 peratus.

Dalam pada itu, sistem ini juga bersifat mudah dihasilkan untuk peluasan di peringkat nasional, sekali gus membuka ruang kepada penggunaan lebih meluas dalam industri kritikal negara. Pembangunan RADKOM dilihat sebagai satu langkah penting dalam mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar, selain memperkukuh ekosistem keselamatan dan komunikasi tempatan.

— ZAKI SALLEH

Keupayaan komunikasi yang selamat dan stabil menjadi elemen kritikal dalam operasi keselamatan moden.

News Source: Bernama TV

Keupayaan komunikasi yang selamat dan stabil menjadi elemen kritikal dalam operasi keselamatan moden. Terdorong dengan keperluan terbabit, syarikat tempatan Mindmatics Sdn Bhd membangunkan sistem Radio Mudah Alih Digital dikenali RADKOM, yang kini bersedia menjalani ujian bersama Angkatan Tentera Malaysia.

Mindmatics Develops RADKOM Digital Radio System to Strengthen National Communications Security

New Source: Wilayah.com

KUALA LUMPUR: Local technology firm Mindmatics Sdn. Bhd. has developed a digital mobile radio (DMR) communication system known as RADKOM (Radio Komunikasi Malaysia), aimed at enhancing Malaysia’s strategic communication capabilities and national security infrastructure.

According to a company spokesperson, the RADKOM system has been under development for the past year as part of efforts to advance secure and efficient digital communication technologies.

The system has already undergone internal testing and is now preparing for evaluation by the Malaysian Armed Forces, which will assess its overall performance in real operational environments.

RADKOM is built on DMR standards developed by the European Telecommunications Standards Institute, which are widely adopted globally for professional radio communication systems.

Among its key advantages is improved frequency efficiency, enabling clearer and more organised communication while reducing signal interference. The system also incorporates trunking technology, allowing for more structured, stable and secure communication — particularly useful in large-scale operations involving multiple agencies.

The spokesperson said RADKOM offers high-quality digital voice communication and can be integrated with modern operational management systems and applications. It supports both group and individual communication modes, making it suitable for use across sectors such as government, security, utilities and transportation.

In terms of security, the system features advanced encryption capabilities, including AES-256 and post-quantum cryptography (PQC), significantly enhancing data protection against evolving cyber threats.

The device is designed for rugged use, meeting military-grade standards such as MIL-STD 810G and IP68 environmental protection, ensuring durability in harsh conditions.

Technically, RADKOM supports both digital and analogue modes, operates within a frequency range of 350 to 479 MHz, and delivers transmission power between 1W and 4W. It is also equipped with GPS functionality and a 3000mAh lithium polymer battery.

The system can operate in extreme environments, withstanding temperatures ranging from -20°C to 60°C and humidity levels of up to 95 per cent.

The development of RADKOM reflects Malaysia’s push to strengthen its domestic technological capabilities in secure communications, particularly for defence and multi-agency coordination.

Mindmatics bangunkan sistem komunikasi RADKOM pertingkat keselamatan negara


News Source: UTUSAN

KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan, Mindmatics Sdn. Bhd. (Mindmatics) bangunkan sistem komunikasi Radio Mudah Alih Digital (Digital Mobile Radio -DMR) dikenali sebagai RADKOM (Radio Komunikasi Malaysia) bagi memperkukuh keupayaan komunikasi strategik negara.

Jurucakap Mindmatics berkata, RADKOM dibangunkan sejak setahun lalu selaras dengan usaha memperkasakan teknologi komunikasi digital yang selamat dan efisien.

Katanya, sistem tersebut telah melalui fasa ujian dalaman dan kini bersedia untuk menjalani ujian kesesuaian oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menilai keberkesanan keseluruhan sistem dalam persekitaran operasi sebenar.

“RADKOM menggunakan piawaian DMR yang dibangunkan mengikut standard European Telecommunications Standards Institute (ETSI), yang turut diguna pakai secara meluas di peringkat global.

“Antara kelebihan utama sistem ini adalah penggunaan frekuensi yang lebih efisien dan tersusun, sekali gus meningkatkan kualiti komunikasi serta mengurangkan gangguan isyarat, “katanya pemberita di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi,  penggunaan sistem trunking membolehkan komunikasi dilakukan dengan lebih selamat, stabil dan tersusun, terutama dalam operasi berskala besar melibatkan pelbagai agensi.

“RADKOM turut menawarkan komunikasi suara digital berkualiti tinggi, di samping keupayaan integrasi dengan aplikasi serta sistem pengurusan operasi moden.

“Sistem ini menyokong komunikasi secara berkumpulan dan individu, menjadikannya sesuai digunakan oleh pelbagai sektor termasuk kerajaan, keselamatan, utiliti dan pengangkutan,” jelasnya.

RADKOM dilengkapi ciri penyulitan data berteknologi tinggi termasuk AES-256 serta dilengkapi dengan teknologi kriptografi pasca-kuantum (PQC), sekali gus meningkatkan tahap perlindungan maklumat.

Peranti ini juga direka dengan prestasi lasak mengikut standard ketenteraan MIL-STD 810G serta perlindungan persekitaran IP68, sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan mencabar.

Ia turut menyokong operasi dalam mod digital dan analog, dengan julat frekuensi antara 350 hingga 479 MHz serta kuasa penghantaran 1 W hingga 4 W.

RADKOM dilengkapi sistem GPS, bateri berkapasiti 3000 mAh jenis lithium polymer serta keupayaan operasi dalam suhu antara -20 hingga 60 darjah celsius dengan kelembapan sehingga 95 peratus.

Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOF BAKRI, NURAINA HANIS ABD . HALIM dan ARIFF AIMAN ASROL

RADCOM sistem komunikasi radio mudah alih digital buatan Malaysia



News Source: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan, Mindmatics Sdn Bhd (Mindmatics) berjaya membangunkan sistem komunikasi Radio Mudah Alih Digital (DMR) dikenali sebagai RADKOM atau Radio Komunikasi Malaysia bagi memperkukuh keupayaan komunikasi strategik negara.

Pengarah Mindmatics, Abdul Wahab Sulaiman, berkata sistem berkenaan yang dibangunkan sejak tahun lalu selaras dengan usaha syarikat memperkasakan teknologi komunikasi digital tempatan yang selamat, efisien dan berteknologi tinggi.

Beliau berkata, nama RADKOM diberikan secara rasmi oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026.

“RADKOM telah melalui fasa ujian dalaman dan kini bersedia untuk menjalani ujian kesesuaian oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menilai keberkesanan sistem dalam persekitaran operasi sebenar.

“Sistem ini juga menggunakan piawaian DMR yang dibangunkan mengikut standard Institut Piawaian Telekomunikasi Eropah (ETSI) yang turut diguna pakai secara meluas di peringkat global,” katanya kepada Bernama.

Abdul Wahab berkata, antara kelebihan utama sistem berkenaan adalah penggunaan frekuensi yang lebih efisien dan tersusun, sekali gus meningkatkan kualiti komunikasi serta mengurangkan gangguan isyarat.

Selain itu, katanya, penggunaan sistem trunking membolehkan komunikasi dilakukan dengan lebih selamat, stabil dan tersusun, terutama dalam operasi berskala besar melibatkan pelbagai agensi.

Beliau berkata, sistem itu menyokong komunikasi secara berkumpulan dan individu, menjadikannya sangat sesuai untuk kegunaan pelbagai sektor termasuk agensi keselamatan, utiliti dan pengangkutan.

“Dari aspek keselamatan, RADKOM dilengkapi ciri penyulitan data berteknologi tinggi termasuk AES-256 yang merupakan piawaian penyulitan gred tentera paling kukuh di dunia buat masa ini serta dilengkapi teknologi kriptografi pasca-kuantum, sekali gus meningkatkan tahap perlindungan maklumat,” katanya.

Menyentuh mengenai spesifikasi peranti, Abdul Wahab berkata RADKOM direka dengan prestasi lasak mengikut standard ketenteraan untuk kegunaan dalam persekitaran mencabar serta menyokong operasi mod digital dan analog dengan julat frekuensi 350 hingga 479 megahertz (MHz) dan kuasa penghantaran sehingga empat wat

“RADKOM dilengkapi dengan sistem GPS, bateri berkapasiti 3000mAh jenis lithium polymer serta keupayaan operasi dalam suhu antara -20 hingga 60 darjah celsius dengan kelembapan sehingga 95 peratus,” katanya.

Beliau berkata, pembangunan sistem itu merupakan langkah penting dalam mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar serta memperkukuh ekosistem keselamatan dan komunikasi tempatan dan mudah dihasilkan untuk diperluaskan di peringkat nasional bagi kegunaan industri kritikal negara pada masa hadapan.

Homegrown RADKOM Radio System Boosts Malaysia’s Strategic Communications Capability


News Source: BERNAMA

KUALA LUMPUR, April 22 (Bernama) — Local company, Mindmatics Sdn Bhd, has developed a Digital Mobile Radio (DMR) communication system, now known as RADKOM (Radio Komunikasi Malaysia), aimed at strengthening the country’s strategic communications capability.

Its director, Abdul Wahab Sulaiman, said the system has been under development since last year as part of efforts to advance secure, efficient and high-tech domestic digital communications.

The name RADKOM, he said, was officially given by Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin at the Defence Services Asia (DSA) and National Security (NATSEC) Asia 2026 exhibition yesterday.

“RADKOM has completed internal testing and is now ready for suitability trials by the Malaysian Armed Forces to assess its effectiveness in real operational

“The system adopts DMR standards aligned with the European Telecommunications Standards Institute

(ETSI), which are widely used globally,” he told Bernama.

Abdul Wahab said that among RADKOM’s key advantages are more efficient use of frequency and improved signal quality, which reduces interference.

“Its trunking system enables more secure, stable and organised communication, particularly in large-scale multi-agency operations,” he explained.

He said RADKOM supports both group and individual communication, making it suitable for sectors including security, utilities and transport.

“In terms of security, the system incorporates advanced encryption, including AES-256 encryption, as well as post-quantum cryptography to enhance data protection,” he said.

Abdul Wahab said the device is built to military-grade durability standards, capable of operating in harsh environments while supporting both digital and analogue modes within a frequency range of 350 to 479 MHZ and transmission power of up to four watts.

“It is also equipped with GPS, a 3000mAh lithium polymer battery, and can operate in temperatures ranging from -20°C to 60°C with humidity levels of up to 95 per cent,” he noted.

He said the development marks an important step towards reducing reliance on foreign technology while strengthening Malaysia’s domestic communications and security ecosystem, with potential for nationwide deployment across critical industries.


By Mohd Firdaus Md Saisi

RADKOM: Radio Mudah Alih Digital Buatan Tempatan Perkukuh Komunikasi Strategik Negara



News Source: BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) — Syarikat tempatan, Mindmatics Sdn Bhd (Mindmatics) berjaya membangunkan sistem komunikasi Radio Mudah Alih Digital (DMR) dikenali sebagai RADKOM atau Radio Komunikasi Malaysia bagi memperkukuh keupayaan komunikasi strategik negara.

Pengarah Mindmatics Abdul Wahab Sulaiman berkata sistem berkenaan yang dibangunkan sejak tahun lepas selaras dengan usaha syarikat memperkasakan teknologi komunikasi digital tempatan yang selamat, efisien dan berteknologi tinggi.

Beliau berkata nama RADKOM diberikan secara rasmi oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin semalam sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan

Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026.

“RADKOM telah melalui fasa ujian dalaman dan kini bersedia untuk menjalani ujian kesesuaian oleh

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menilai keberkesanan sistem dalam persekitaran operasi sebenar.

“Sistem ini juga menggunakan piawaian DMR yang dibangunkan mengikut standard Institut Piawaian Telekomunikasi Eropah (ETSI) yang turut diguna pakai secara meluas di peringkat global,” katanya kepada bernama.

Abdul Wahab berkata antara kelebihan utama sistem berkenaan adalah penggunaan frekuensi yang lebih efisien dan tersusun, sekali gus meningkatkan kualiti komunikasi serta mengurangkan gangguan isyarat.

Selain itu, katanya, penggunaan sistem trunking membolehkan komunikasi dilakukan dengan lebih selamat, stabil dan tersusun, terutama dalam operasi berskala besar melibatkan pelbagai agensi.

Beliau berkata sistem itu menyokong komunikasi secara berkumpulan dan individu, menjadikannya sangat sesuai untuk kegunaan pelbagai sektor termasuk agensi keselamatan, utiliti dan pengangkutan.

“Dari aspek keselamatan, RADKOM dilengkapi ciri penyulitan data berteknologi tinggi termasuk AES-256 yang merupakan piawaian penyulitan gred tentera paling kukuh di dunia buat masa ini serta dilengkapi teknologi kriptografi pasca-kuantum, sekali gus meningkatkan tahap perlindungan maklumat,” katanya.

Menyentuh mengenai spesifikasi peranti, Abdul Wahab berkata RADKOM direka dengan prestasi lasak mengikut standard ketenteraan untuk kegunaan dalam persekitaran mencabar serta menyokong operasi mod digital dan analog dengan julat frekuensi 350 hingga 479 megahertz (MHz) dan kuasa penghantaran sehingga empat wat

“RADKOM dilengkapi dengan sistem GPS, bateri berkapasiti 3000mAh jenis lithium polymer serta keupayaan operasi dalam suhu antara -20 hingga 60 darjah celsius dengan kelembapan sehingga 95 peratus,” katanya.

Beliau berkata pembangunan sistem itu merupakan langkah penting dalam mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar serta memperkukuh ekosistem keselamatan dan komunikasi tempatan dan mudah dihasilkan untuk diperluaskan di peringkat nasional bagi kegunaan industri kritikal negara pada masa hadapan.


Oleh Mohd Firdaus Md Saisi

Sistem RADKOM: Lonjakan Teknologi Komunikasi Strategik Negara

New Source: Suara Merdeka

KUALA LUMPUR, 21 April – Syarikat tempatan, Mindmatics Sdn Bhd (Mindmatics) mencatat satu pencapaian signifikan dalam sektor pertahanan apabila berjaya membangunkan sistem komunikasi Radio Mudah Alih Digital (DMR) dikenali sebagai RADKOM (Radio Komunikasi Malaysia) bagi memperkukuh keupayaan komunikasi strategik negara.

Nama RADKOM diberikan secara rasmi oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Khaled Nordin, sempena Defence Services Asia 2026 yang berlangsung di ibu negara.

Sistem berkenaan dibangunkan dalam tempoh setahun sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa teknologi komunikasi digital tempatan yang lebih selamat, stabil dan efisien.

Menurut Mindmatics, RADKOM kini telah melepasi fasa ujian dalaman dan bakal menjalani ujian kesesuaian oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menilai keberkesanannya dalam persekitaran operasi sebenar.

RADKOM dibina berasaskan piawaian European Telecommunications Standards Institute (ETSI), iaitu standard global bagi sistem Digital Mobile Radio (DMR), yang digunakan secara meluas dalam sektor keselamatan dan industri kritikal di seluruh dunia.

Antara ciri utama yang diketengahkan termasuk:

  • Kecekapan spektrum frekuensi tinggi – mengurangkan gangguan dan meningkatkan kejelasan komunikasi
  • Sistem trunking pintar – membolehkan koordinasi komunikasi lebih tersusun dalam operasi berskala besar
  • Audio digital berkualiti tinggi – memastikan mesej kritikal disampaikan dengan jelas
  • Sokongan komunikasi individu & kumpulan – sesuai untuk operasi pelbagai agensi

Keselamatan Data dan Ketahanan Operasi

Dari aspek keselamatan, RADKOM dilengkapi teknologi penyulitan AES-256 serta integrasi kriptografi pasca-kuantum (PQC), menjadikannya antara sistem komunikasi tempatan yang bersedia menghadapi ancaman siber generasi baharu.

Peranti ini juga direka untuk kegunaan lasak dengan spesifikasi:

  • Standard ketenteraan MIL-STD 810G
  • Perlindungan habuk dan air IP68
  • Julat frekuensi: 350 – 479 MHz
  • Kuasa penghantaran: 1W hingga 4W
  • Bateri 3000mAh lithium polymer
  • Operasi suhu ekstrem: -20°C hingga 60°C
  • Ketahanan kelembapan sehingga 95%

Tambahan pula, sistem ini menyokong mod digital dan analog, serta dilengkapi fungsi GPS dan keupayaan integrasi dengan sistem pengurusan operasi moden.

embangunan RADKOM bukan sekadar inovasi teknologi, tetapi mencerminkan langkah strategik Malaysia dalam:

  • Mengurangkan kebergantungan kepada sistem komunikasi luar
  • Memperkukuh kedaulatan teknologi pertahanan
  • Membangunkan ekosistem industri tempatan berimpak tinggi
  • Menyokong operasi multi-agensi melibatkan keselamatan, utiliti dan pengangkutan

Dengan keupayaan pengeluaran yang boleh diperluas di peringkat nasional, RADKOM berpotensi menjadi tulang belakang kepada sistem komunikasi kritikal negara pada masa hadapan.

Dalam landskap keselamatan yang semakin kompleks, kehadiran sistem seperti RADKOM memberi kelebihan taktikal kepada Malaysia dalam memastikan komunikasi kekal selamat, pantas dan berdaya tahan dalam apa jua situasi operasi.

DIPN Launch Strengthens Malaysia’s Defence Industry, Mindmatics Showcases Local Innovations

KUALA LUMPUR, 21 January 2026 — The launch of the National Defence Industry Policy (DIPN) was officiated by the Prime Minister of Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), marking a significant step toward strengthening the nation’s overall defence capabilities.

The DIPN serves as a strategic framework to transform Malaysia’s defence industry into a more self-reliant, sustainable, and globally competitive sector. The policy emphasizes reducing dependency on foreign technologies and suppliers while accelerating the development of high-impact domestic defence technologies.

Key focus areas of the DIPN include the development of a comprehensive local defence ecosystem, the advancement of high-technology innovation, and the strengthening of strategic collaboration between the defence sector, academia, and industry. This initiative is expected to drive Malaysia’s capability to develop modern and integrated defence systems.

At the event, local company Mindmatics Sdn Bhd participated by showcasing a range of its homegrown solutions, including TEDUNG (ELINT System), CAMAR (Coastal Surveillance System), MANTIS (Anti-Drone System), DMR, and COP (Common Operating Picture). The TEDUNG (ELINT System), which has been recognized as one of the core products under the National Defence Industry Policy (DIPN), was among the key highlights, reflecting the capability of local industry players in supporting national aspirations toward a robust, high-technology defence ecosystem.

The launch of the DIPN is seen as a critical milestone in ensuring Malaysia continues to strengthen its sovereignty and national security through the development of a sustainable and competitive defence industry for the long term.

Mindmatics–NACSA team up on post-quantum defence encryption

News Source: New Straits Times

KUALA LUMPUR: Local defence firm Mindmatics Sdn Bhd is taking steps to ensure that the nation’s defence sector is prepared for emerging cybersecurity threats by adopting Post-Quantum Cryptography (PQC) encryption.

As such, the company has signed a memorandum of understanding (MoU) with the National Cyber Security Agency (NACSA) to develop and apply the technology in defence and security applications.

Under the agreement, the two parties will collaborate on implementing PQC-ready solutions, with Mindmatics contributing its expertise in defence electronics and secure communication systems.

The agreement was handed over between Mindmatics director Abdul Wahab Sulaiman and NACSA chief executive Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin, witnessed by the Chief Secretary to the Government Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Wahab said the company has already integrated the PQC algorithm into its radio communication systems and rapid encryption devices.

“Everything that we do, which needs to be transferred back to headquarters, will be encrypted using our PQC algorithm.

“When quantum computers come into being, all our current algorithms could potentially be broken. We need to prepare for that by developing specific crypto algorithms,” he said when met at the signing of the agreement at the sidelines at the Universiti Putra Malaysia (UPM) International Conference and Exhibition on Post-Quantum Cryptography (ICE-PQC) 2025, here recently.

PQC is defined as a new type of encryption developed to stay secure even when quantum computers become powerful enough to break today’s conventional security algorithms.

It ensures long-term protection of sensitive data and communications.

Wahab said Mindmatics was among the few local companies pioneering PQC solutions in the defence sector.

“While international bodies often rely on their own encryption systems, Mindmatics is implementing the CAS algorithm developed locally by UPM. This allows us to maintain local capability while ensuring our technology meets international standards,” he said, adding that the collaboration with NACSA will help provide solutions for the government.

Wahab added that the broader benefits of the partnership, include strengthening Malaysia’s data security and positioning the country alongside nations already adopting next-generation encryption technologies.

“This technology helps prevent infiltration by malicious actors, and it also positions us to meet the standards required by international organisations,” he said.

Wahab said Mindmatics was committed to developing local cybersecurity expertise rather than solely relying on foreign technology.

“We don’t just want to be users in this space. We aim to be one of the technology providers. This MoU with NACSA is a step towards that goal and our aspiration to become a global player,” he said.

Meanwhile, Shamsul said in his officiating speech that the era of quantum computing was no longer speculative, and every nation faced the challenge of protecting critical systems, infrastructure and citizen data as current cryptography becomes obsolete.

“For Malaysia, this is not an abstract question. It is a national imperative to ensure that our digital advancement progresses securely, confidently, and resiliently.

“Thus, through recent Budget 2025, the government has allocated RM25 million to UPM to establish Malaysia Cryptology Technology and Management Centre in collaboration with NACSA to advance quantum computing and AI readiness in facing increasingly complex cybersecurity threats,” he said.

This initiative, he said, reflected the nation’s firm commitment to digital sovereignty and to strengthening cybersecurity against the era of quantum computing.

By Fuad Nizam