Skip to main content

Kunjungan Hormat Mindmatics Sdn Bhd ke MiDAS

News Source: MiDAS

KUALA LUMPUR, 27 November 2025 – Encik Abdul Wahab bin Sulaiman, Pengarah Mindmatics Sdn Bhd, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg Lt Jen Dato’ Seri Hj Muhammad Huzaimi bin Sabri, Ketua Eksekutif MiDAS, pada 27 November 2025.

Mindmatics Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat terkemuka yang diiktiraf sebagai pakar dalam pembangunan Defence Electronic Systems (DES). Keupayaan teknikal syarikat meliputi keseluruhan spektrum teknologi maklumat, pengkomputeran dan elektronik, merangkumi aktiviti mereka bentuk, membangun serta mengintegrasikan sistem berprestasi tinggi bagi memenuhi keperluan strategik pertahanan negara.

Kecemerlangan Mindmatics dipacu melalui sinergi antara pasukan reka bentuk teknologi termaju dan kumpulan jurutera penyelidikan serta pembangunan (R&D) tempatan yang berpengalaman luas dalam industri pertahanan. Gabungan kepakaran ini membolehkan Mindmatics menghasilkan penyelesaian yang inovatif, berskala tinggi dan berdaya operasi, sekaligus menempatkan syarikat tersebut sebagai rakan strategik penting dalam memacu pembangunan ekosistem pertahanan elektronik negara.

MiDAS menekankan bahawa kerjasama berterusan antara penggiat industri pertahanan dan pusat pemikir pertahanan adalah penting dalam meningkatkan pemahaman serta kesedaran awam mengenai isu keselamatan dan pertahanan negara.