Skip to main content

Author: creativemouse

DSA 2022: Malaysian-made electric UAV goes on display

News Source: Shephard

The Helang UAV is a fully electric VTOL platform with a two-person ground control station.

Malaysian company Mindmatics showcased its Helang UAV during the Defence Services Asia (DSA) 2022 exhibition in Kuala Lumpur.

A working concept of Helang is already being operated by Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) for border surveillance missions.

The UAV is a fully electric VTOL platform powered by a 50.4V solid-state lithium-ion battery. It operates with a two-person ground control station; Helang can also send data back to Mindmatic’s Prima command centre.

Helang is 3.5m in length with a 1.9m wingspan and an MTOW of 22kg. It is capable of carrying a 1.18kg payload (an EO/IR 30x optical zoom camera and thermal imager, according to company literature distributed at DSA).

The UAV has a top speed of 110km/h, mission endurance of 4h and an operational radius of up to 150km if upgraded.

CS3, PRIMA bantu staf di lapangan

News Source: KOSMO

KEMAJUAN dalam bidang teknologi kini menyaksikan pelbagai jenis kerja dilaksanakan dengan menggunakan sistem digital.

Sistem digital adalah satu teknologi data yang menggunakan nilai-nilai diskrit.

Seiring dengan transformasi ke arah pendigitalan, sebuah syarikat pembangunan teknologi tempatan, Mindmatics Sdn. Bhd. (Mindmatics), melancarkan dua produk sistem pengurusan dan kawalan operasi digital baharu dikenali sebagai CS3 dan PRIMA.

Kedua-dua produk tersebut, direka cipta dan dibangunkan sepenuhnya oleh tenaga pakar teknologi tempatan.

Sistem itu berkeupayaan untuk berhubung dengan anggota di lapangan melalui pelbagai platform komunikasi serta peralatan perisikan dan pengawasan.

Pengarah Operasi dan Teknikal Mindmatics, Dr. Abdul Rahim Mat Sidek berkata, sistem CS3 itu dapat membantu pelbagai pihak terutamanya unit berunifom seperti tentera, bomba, polis dan pihak berkuasa lain ketika menjalankan tugasan harian.

Katanya, selain itu, ia juga amat membantu dalam operasi khas seperti pengurusan bencana serta mencari dan menyelamat.

“Sistem ini juga boleh diguna pakai sebagai platform perhubungan langsung antara masyarakat dengan pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat penting seperti kerosakan fasiliti awam, jalan berlubang mahupun insiden kemalangan.

“Maklumat berbentuk teks, visual, video, suara dan lokasi boleh dikongsikan secara mudah menggunakan telefon bimbit. CS3 juga dilengkapi dengan keupayaan sistem pengkelasan dan analisis maklumat, pengurusan peta, pelaporan digital dengan keupayaan untuk disepadukan dengan teknologi AI (artificial intelligence) dan Big Data,” katanya.

Menurutnya, sistem CS3 juga sesuai diguna pakai oleh badan korporat dengan operasi lapangan yang menyeluruh seperti bidang telekomunikasi, tenaga, perladangan, logistik, pengangkutan, peruncitan mahupun pelancongan.

Dalam pada itu, menyedari keperluan pihak berkuasa dalam menjalankan tugasan kritikal seperti pengurusan bencana atau operasi mencari dan menyelamat, Mindmatics juga memperkenal sistem Kabin Mudah Alih PRIMA.

Abdul Rahim berkata, kabin yang direka bentuk dan dibangunkan melalui piawaian antarabangsa berkenaan boleh dibawa ke lokasi kejadian dan bertindak sebagai pusat operasi.

“Operasi pengurusan bencana seperti banjir besar atau operasi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai pihak serta ramai anggota.

“Dengan adanya kabin mudah alih yang dilengkapi dengan sistem pengurusan perintah dan kawalan operasi digital CS3, pihak terbabit mampu mengendalikan operasi dengan lebih bersepadu dan berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, Mindmatics menyasarkan kedua-dua produk CS3 dan PRIMA yang dibangunkan dengan mengambil kira keperluan dan standard operasi tempatan mampu menembusi pasaran negara serta ASEAN.

Mindmatics Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat teknologi tempatan yang pakar dalam pelbagai bidang berkaitan perintah, kawalan, komputer, komunikasi, risikan, pengawasan dan pengecaman (C4ISR) untuk operasi pertahanan, keselamatan, kerajaan tempatan dan organisasi korporat.

Mindmatics komited dalam penyelidikan dan pembangunan berterusan untuk mereka bentuk dan membangunkan teknologi dan peralatan sendiri dalam sistem pertahanan dan sekuriti yang dipatenkan.

Hasilnya, syarikat itu berjaya meningkatkan kecekapan melalui penggunaan peralatan dan teknologi terkini dan dibangunkan secara tempatan.

Semua sistem dan peralatan Mindmatics direka bentuk dan dibangunkan menggunakan kepakaran tempatan.

Sesetengah peralatan telah digunakan oleh pihak berkuasa dalam sektor pertahanan dan sekuriti tanah air.




































Mindmatics lancar sistem digital bantu unit beruniform jalankan tugas

New Source: DagangNews

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Syarikat pembangunan teknologi tempatan, Mindmatics Sdn. Bhd. (Mindmatics), melancarkan dua produk sistem pengurusan dan kawalan operasi digital baharu yang dikenali sebagai CS3 dan PRIMA.

Direka cipta dan dibangunkan sepenuhnya oleh tenaga pakar teknologi tempatan, sistem itu berkeupayaan untuk berhubung dengan anggota di lapangan melalui pelbagai platform komunikasi serta peralatan perisikan dan pengawasan.

Pengarah Operasi dan Teknikal Mindmatics, Dr. Abdul Rahim Mat Sidek berkata, sistem CS3 itu dapat membantu pelbagai pihak terutamanya unit berunifom seperti tentera, pasukan bomba, polis dan pihak berkuasa lain ketika menjalankan tugasan harian atau operasi khas seperti pengurusan bencana serta operasi mencari dan menyelamat.

“Sistem ini juga boleh diguna pakai sebagai platform perhubungan langsung antara masyarakat dengan pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat penting seperti kerosakan fasiliti awam, jalan berlubang mahupun insiden kemalangan.

“Maklumat berbentuk teks, visual, video, suara dan lokasi boleh dikongsikan secara mudah menggunakan telefon bimbit. CS juga dilengkapi dengan keupayaan sistem pengelasan dan analisis maklumat, pengurusan peta, pelaporan digital dengan keupayaan untuk disepadukan dengan teknologi Al dan Big Data” katanya dalam satu sidang akhbar di Pusat Automatif Mindmatics, Shah Alam hari ini.

Tambahnya, sistem CS juga sesuai diguna pakai oleh badan korporat dengan operasi lapangan yang menyeluruh seperti bidang telekomunikasi, tenaga, perladangan, logistik, pengangkutan, peruncitan mahupun pelancongan.

Menyedari keperluan pihak berkuasa dalam menjalankan tugasan kritikal seperti pengurusan bencana atau operasi mencari dan menyelamat, Mindmatics juga memperkenal sistem Kabin Mudah Alih PRIMA.

Abdul Rahim berkata, kabin yang direka bentuk dan dibangunkan melalui piawaian antarabangsa berkenaan boleh dibawa ke lokasi kejadian dan bertindak sebagai pusat operasi.

“Operasi pengurusan bencana seperti banjir besar atau operasi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai pihak serta ramai anggota. Dengan adanya kabin mudah alih yang dilengkapi dengan sistem pengurusan ‘perintah dan kawalan’ operasi digital CS3, pihak terbabit mampu mengendalikan operasi dengan lebih bersepadu dan berkesan.

“Mindmatics menyasarkan kedua-dua produk CS3 dan PRIMA yang dibangunkan dengan mengambil kira keperluan dan standard operasi tempatan mampu menembusi pasaran negara serta ASEAN,” tambah beliau.

Oleh Anis Farhanah Malek

-DagangNews.com