Skip to main content

Author: creativemouse

DSA: Malaysian-made ‘kamikaze’ Drone Set To Strike

News Source: BERNAMA

KUALA LUMPUR, May 8 (Bernama) — The first locally manufactured ‘Kamikaze’ loitering munition drone, a pioneering creation by Malaysian company Mindmatics, is poised to engage targets commercially.

Named Todak, this innovative drone took one year to be developed and is currently undergoing further research and development, expected to be completed within the next six months.

Unveiling the drone at the Defence Services Asia (DSA) and National Security (NATSEC) Asia 2024, here, project manager Azman Ahmad said the drone is meant to precisely strike and destroy intended targets.

“Previously we developed surveillance drones, but we have now moved towards Kamikaze drones for specific objectives and purposes.

“There are a few agencies interested in this product, and we see a potential market among local and regional enforcement agencies,” he told Bernama at the Mindmatics booth.

Designed for intelligent munitions in the defence sector, the drone boasts an in-house developed Artificial Intelligence control algorithm, complemented by a handheld Fire Control Unit.

Azman emphasised that the drone, fueled by a 25.5V solid-state lithium-ion battery, offers an operational time of up to 40 minutes and possesses the capability to autonomously fly and engage both fixed and moving targets without the need for surveillance input.

Based in Kajang, Selangor, with almost 20 years of experience, Mindmatics specialises in providing a comprehensive range of solutions in information technology, computing, and electronics.

–BERNAMA

Dron ‘kamikaze’ buatan Malaysia bakal dikomersialkan

News Source: myMetro

Kuala Lumpur: Dron amunisi musnah sendiri atau ‘kamikaze’ buatan Malaysia pertama, ciptaan yang dirintis oleh syarikat tempatan Mindmatics bakal dikomersialkan tidak lama lagi.

Dinamakan sebagai ‘Todak’, dron inovatif itu mengambil masa setahun untuk dibangunkan dan kini masih dalam proses kajian dan pembangunan lebih lanjut yang dijangka selesai enam bulan lagi.

Memperkenalkan senjata itu pada pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di sini, Pengurus Projek Azman Ahmad berkata, dron itu berfungsi untuk menyerang dengan tepat bagi memusnahkan sasaran yang dikehendaki.

“Sebelum ini kami telah membangunkan dron pemantauan tetapi kali ini kami maju selangkah lagi dengan dron kamikaze untuk objektif dan tujuan khusus.

Terdapat beberapa agensi yang menunjukkan minat dengan produk ini dan kami melihat ada potensi pasaran dalam kalangan agensi penguatkuasaan tempatan dan wilayah,” katanya kepada Bernama di reruai Mindmatics pada pameran yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) di sini.

Direka bentuk sebagai amunisi risikan dalam industri pertahanan, dron itu dilengkapi dengan algoritma kawalan Kecerdasan Buatan (AI) berserta Unit Kawalan Api (FCU) bersaiz kecil.Menurut Azman, dron itu dikuasakan dengan bateri litium-besi pepejal 25.5 Voltan dengan masa operasi hingga 40 minit serta berkeupayaan untuk terbang dan menyerang sasaran pegun atau bergerak tanpa memerlukan input pemantauan.

“Todak berukuran dua meter (m) panjang dengan kelebaran sayap 1.35 meter dan berat pelepasan maksimum 12 kilogram (kg). Ia mampu membawa beban seberat 3 kg dan mencapai kelajuan 100 kilometer sejam dengan kaedah pelancaran menggunakan lastik (catapult),” katanya.

Mindmatics yang berpusat di Kajang, Selangor, mempunyai lebih 20 tahun pengalaman, mengkhususkan pada menyediakan penyelesaian komprehensif dalam teknologi maklumat, pengkomputeran dan elektronik.

‘Todak’ – dron ‘kamikaze’ buatan pertama Malaysia, berfungsi serang tepat musnahkan sasaran

News Source: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Dron amunisi musnah sendiri atau ‘kamikaze’ buatan pertama Malaysia yang juga ciptaan dirintis syarikat tempatan Mindmatics, bakal dikomersialkan tidak lama lagi.

Dinamakan sebagai ‘Todak’, dron inovatif itu mengambil masa setahun untuk dibangunkan dan kini masih dalam proses kajian dan pembangunan lebih lanjut yang dijangka selesai enam bulan lagi.

Memperkenalkan senjata itu pada pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, di sini, Pengurus Projek Azman Ahmad, berkata dron terbabit berfungsi menyerang dengan tepat untuk memusnahkan sasaran yang dikehendaki.

“Sebelum ini, kami telah membangunkan dron pemantauan tetapi kali ini, kami maju selangkah lagi dengan dron ‘kamikaze’ untuk objektif dan tujuan khusus.

“Terdapat beberapa agensi menunjukkan minat terhadap produk ini, dan kami melihat ada potensi pasaran dalam kalangan agensi penguat kuasa tempatan serta wilayah,” katanya kepada Bernama di reruai Mindmatics pada pameran itu yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC), di sini.

‘Todak’ yang direka bentuk sebagai amunisi risikan dalam industri pertahanan, turut dilengkapi algoritma kawalan Kecerdasan Buatan (AI) serta Unit Kawalan Api (FCU) bersaiz kecil.

Azman berkata, dron itu dikuasakan dengan bateri litium-besi pepejal 25.5 voltan dengan masa operasi hingga 40 minit, selain berupaya terbang serta menyerang sasaran pegun atau bergerak tanpa memerlukan input pemantauan.

“‘Todak’ berukuran dua meter (m) panjang dengan kelebaran sayap 1.35m dan berat pelepasan maksimum 12 kilogram (kg). Ia mampu membawa beban seberat 3kg dan mencapai kelajuan 100 kilometer sejam dengan kaedah pelancaran menggunakan lastik (catapult),” katanya. – BERNAMA

Winner of Muhammad Amin FCS Tender Revealed

News Source: Malaysian Defence

SHAH ALAM: Mindmatics Sdn Bhd was awarded the Letter of Award for the tender to supply, deliver, install, integration and commissioning of a Fire Control System for KD Laksamana Muhammad Amin. Checks with the Eperolehan confirmed the LOA to Mindmatics.

The tender for the FCS was published in November, last year. Muhammad Amin – pennant number 136 – is undergoing a refit at the Grade One Marine Shipyard in Lumut. She is undergoing the refit as part of the RMN’s Obsolescence Programme where her machineries and engines replaced with new ones.

Malaysian Defence described the corvette refit as OP Plus as she is also getting a new hull as part of the work. She is also getting a new Fire Control System (FCS) to enable her to fully utilised her 76mm main gun (forward) and twin 40mm gun, aft. RMN estimated the cost of the FCS and services (lump sum) is RM14 million. The specifications called for the FCS and its associated work to be conducted by a local company using only local workers. The winning bidder will also have to grant the Intellectual Property rights of the FCS to the government

Met at Mindmatics showcase at DSA 2024 on May 7, its Client Solutions Manager Ezrul Hakim Husni Tamrin said RM12 million was its LOA. He explained work to install the FCS and its associated equipment will start soon and is expected to be completed in twenty-four months.
Mindmatics selected the Australian manufactured Trakka Systems – TC-300M – multi sensor maritime surveillance system as the eletro-optical turrets for its FCS to be installed on Muhammad Amin. The company also developed its own FCS for the tender.

Mindmatics described its FCS:

as Combined Naval Tactical Command System 1 (CONTACS 1) is an integration of software and hardware components designed to bolster a ship’s combat capabilities within the context of its specific mission. The main capabilities encompass combat execution and mission management tasks. These tasks include situation awareness, track management, threat detection and response, and mission planning preparation. Other capabilities include support for elements of Anti Surface Warfare (ASUW), Naval Gunfire Support (NGS), and Electronic Warfare (EW), as well as navigation support, helicopter recovery, and training.

Mindmatics has a long track record in the defence industry as it supplied the Army with electronic warfare capability since 2008 and was awarded maintenance contracts since then. In 2022 it won the contract to supply 1,000 Harris tactical radios.
It also won the Command Control Platform (CCP) tender published in September/October 2020 with an LOA of RM17.7 million. The four CCP platforms – fitted on a demountable cabin with the associated equipment are now operational with the Western Field Command, First, Second and Third divisions.

Mindmatics is also offering software and hardware solutions to the Armed Forces to meet future requirements.

— Malaysian Defence

DSA: Home ministry to employ AI for stricter border control

News Source: The Malaysian Reserve

KUALA LUMPUR — The Ministry of Home Affairs (KDN) is currently formulating a strategy to enhance the use of technology, particularly artificial intelligence (AI), for stricter border control measures.

Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (picture), emphasised that with border control now consolidated under the Malaysia Checkpoints and Border Agency (MCBA), there’s a critical need to employ cutting-edge AI technology to enhance its governance and operations. Risk‑Free Demo Available — Test Strategies, Build Confidence, Then Invest https://andme23.com/ 23andme.

“Now that we have the MCBA, how can we leverage technology and innovation in border control? That’s why KDN is very excited to explore this security aspect during the 2024 Defence Services Asia (DSA) and National Security Asia (NATSEC) exhibitions,” he said.

He was speaking at a joint press conference with Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin after inspecting the final preparations for the DSA and NATSEC Asia 2024 exhibitions at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre.

The four-day exhibitions starting tomorrow, are exclusive to high-level delegations, government officials, professionals, and executives within the defence and security sectors, as well as police and other enforcement agencies.Learn what makes https://clearpeak.org/ Clearpeak stand out for informed traders.

Mohamed Khaled noted that three countries will be making their debut as exhibitors this time around: Singapore, the United Arab Emirates (UAE), and Iran.

He further noted that DSA and NATSEC Asia 2024 garnered the participation of 1,324 companies from 60 countries, with 34 countries having their own pavilions, including Turkiye, China, the UAE, Italy, and the United States.

Turkiye is once again the largest delegation, with nearly 70 companies confirming their participation, including Aselsan, Canik, Dearsan Shipyard, and Turkish Aerospace Industries.

Among the local participants are DEFTECH, Advanced Defence System, OpenApps, MILDEF, Sapura, Malvus Sense, Weststar Group, Nadi Corp, SME Ordnance, System Consultancy Services, and Mindmatics. — BERNAMA

Read Here

DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia

News Source: Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan (6 Mei) yang mempamerkan teknologi dan aset peperangan elektronik tercanggih di dunia dalam sektor pertahanan darat, udara dan laut.

Acara dwitahunan yang memasuki edisi ke-18 kali ini membawa tema Building Resilient Nations For The Next Generation itu disertai lebih 1,200 syarikat dari 45 negara.

Dijadualkan berlangsung selama empat hari di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, acara itu turut menjadi tempat pertemuan utama bagi pengeluar, pembekal, agensi dan organisasi bertukar pendapat dan membina kesefahaman serta kerjasama.

Pengarah Eksekutif DSA 2024 Nadzeem Abdul Rahman berkata pihaknya akan memperkenalkan beberapa penambahbaikan kepada edisi kali ini antaranya DSA NATSEC Asia Lab, segmen angkatan masa hadapan, DSA NATSEC Asia TV serta Pavilion Pesawat Tanpa Pemandu (UAV), Dron dan Robotik.

“Saya berharap DSA dan NATSEC kali ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk menjalin rangkaian lebih kukuh dengan pemain utama dalam industri, serta membantu dalam mempromosikan produk dan inovasi terkini yang mereka tawarkan.

“Kami juga berazam menjadikan acara ini sebagai satu platform yang inklusif, memperkaya perbincangan tentang isu keselamatan global dan merangsang pemikiran kreatif yang dapat menghasilkan penyelesaian lebih progresif dan holistik demi kemakmuran bersama,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sehingga kini, 30 negara mengesahkan penyertaan dalam pameran itu antaranya termasuklah Amerika Syarikat, China, Australia, Brazil, Jerman, India, Perancis, Itali, Korea Selatan, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom.

Turkiye sekali lagi muncul sebagai kontinjen terbesar pada Pameran DSA dan NATSEC 2024 dengan hampir 70 syarikat dari negara Mediterranean itu telah mengesahkan penyertaan termasuk Aselsan, Canik, Dearsan Shipyard dan Turkish Aerospace Industries.

Perancis juga akan turut membawa 30 syarikat dengan 15 daripadanya ditempatkan di pavilionnya.

Penyertaan syarikat tempatan pula termasuk DEFTECH, Advanced Defence System, OpenApps, MILDEF, Sapura, Malvus Sense, Weststar Group, Nadi Corp, SME Ordnance, System Consultancy Services dan Mindmatics.

DSA dan NATSEC 2024 terbuka kepada delegasi peringkat tinggi, kakitangan kerajaan, profesional dan eksekutif dalam industri pertahanan dan keselamatan serta polis dan agensi penguatkuasaan sahaja.

— BERNAMA

DSA & NATSEC Asia 2022

The Defence Service Asia Exhibition and Conference (DSA), hosted, supported, and co-organized by the Ministry of Defence and the Ministry of Home Affairs, was the largest and most effectively organized defence and homeland security event in Asia. It showcased the world’s most advanced technologies, systems, hardware, and electronic warfare solutions available in the market.

The 17th edition of DSA (DSA 2022) took place from 28th to 31st March 2022 at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) in Kuala Lumpur.

Tentera Darat terima lagi aset, kelengkapan baharu termasuk 13 laras mesingan HMG 12.7mm

News Source: Dagangnews

KUALA LUMPUR 16 Mac – Beberapa aset baharu diterima lagi Tentera Darat (TD) meliputi kelengkapan yang berlainan sebagai tambahan bagi melengkapkan keperluan angkatan tersebut.

la membabitkan kenderaan, kelengkapan sokongan, persenjataan dan sistem komunikasi.

Antaranya ialah aset mobiliti iaitu empat buah kenderaan Rapid Intervention Vehicle (RIV) dari Dermaga Oil & Gas Sdn. Bhd. dan 51 buah Trak 1 Tan GS Kargo dari Global Komited Sdn. Bhd.

RIV merupakan kenderaan khusus yang digunakan oleh pasukan komando seperti Gerup Gerak Khas bagi melakukan serangan atau semasa menggempur.

Trak 1 Tan GS Kargo pula adalah kenderaan utiliti pelbagai guna untuk membawa anggota tentera atau kelengkapan.

Selain aset darat, sejumlah aset perairan juga diterima terdiri daripada 15 unit Boat Trailer dari Arena Mission Sdn. Bhd. dan sebuah Logistic Support Bridge dari Stare Resources Sdn. Bhd.

Bagi persenjataan pula, TD menerima 13 laras mesingan berat (HMG) 12.7mm dari Barincorp Sdn. Bhd. HMG merupakan senjata bantuan pada peringkat batalion yang dipasang pada kenderaan.

Kelengkapan terakhir yang diterma ialah aset komunikasi iaitu 1,000 buah Very High Frequency (VHF)

Section Set dari Mindmatics Sdn. Bhd.

Perolehan baharu secara berperingkat-peringkat sejak awal tahun 2022 lalu menjadikan kesiagaan TD

sentiasa berada pada tahap yang amat memuaskan.

Ini kerana terdapat sebahagian daripada kelengkapan tersebut turut digunakan oleh pasukan tentera pengaman negara yang sedang bertugas.

Penyerahan ini diselaraskan oleh Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Tentera Darat.

Dengan penerimaan kelengkapan baharu ini ia sejajar dengan matlamat meningkatkan tahap kesiagaan,

kompentensi dan aset TD. – DagangNews.com

Mindmatics Shows Helang VTOL UAV; Also Tracking and Surveillance Systems

News Source: Asian Military Review

Unusually for a Malaysian company seeking defence contracts, Mindmatics is not owned or headed by former senior military officers.

Its two founding directors and co-owners have a background in information technology and project management. Formed in 2001, the company majored in C4ISR solutions until recent years, when it diversified into defence hardware such as antennas, coastal surveillance radars and an electric-powered UAV.

Account director Azman Ahmad told Asian Military Review that the company’s first defence contract was for electronic intelligence support to the Malaysian Ministry of Defence starting in 2009. A tactical electronic warfare system for the army followed, before Mindmatics won the first of three cyber security contracts in 2015.

At DSA, Mindmatics is showing a passive emitter tracking system named Tedung, with a range of up to 500km line-of-sight; a radar electronic support measures (ESM) system named Kurita to provide ships with early warning of incoming threats; an X-band coastal surveillance radar named Camar; and the electric UAV which is named Helang, a VTOL design which has multi-mission applications. It first flew in June of last year, and has a four-hour endurance.

Mindmatics also offers a customised shelter system named Prima for housing command and control functions; a cellular phone detection system named Bee which is designed for border security in areas with a high risk of illegal crossings by criminals or immigrants; and a satellite monitoring system (SMS).

Azman said that Mindmatics funds all of its own R&D. It is based in Kajang, Selangor, where 90 percent of its workforce of about 100 is composed of engineers.

by Chris Pocock