Skip to main content

Tentera Darat Malaysia terima beberapa aset baharu

News Sources: Funtistiko.net

Akaun Facebook rasmi Tentera Darat Malaysia menerusi satu hantaran memaklumkan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat bertempat di 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP), Kem Batu Kentomen semalam.

Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menerima beberapa perolehan baharu untuk kegunaan Tentera Darat antaranya adalah Command Centre Platform (CCP)Light Forward Repair Vehicle (LFRV)War Dog Rapid Deployment VehicleAviation Forward Repair Team Vehicle (AFRT) dan Kenderaan Pembawa Senjata (KPS) Heavy Machine Gun (HMG) – Artac HMG.