
Tentera Darat terima lagi aset, kelengkapan baharu termasuk 13 laras mesingan HMG 12.7mm
News Source: Dagangnews
KUALA LUMPUR 16 Mac – Beberapa aset baharu diterima lagi Tentera Darat (TD) meliputi kelengkapan yang berlainan sebagai tambahan bagi melengkapkan keperluan angkatan tersebut.
la membabitkan kenderaan, kelengkapan sokongan, persenjataan dan sistem komunikasi.
Antaranya ialah aset mobiliti iaitu empat buah kenderaan Rapid Intervention Vehicle (RIV) dari Dermaga Oil & Gas Sdn. Bhd. dan 51 buah Trak 1 Tan GS Kargo dari Global Komited Sdn. Bhd.
RIV merupakan kenderaan khusus yang digunakan oleh pasukan komando seperti Gerup Gerak Khas bagi melakukan serangan atau semasa menggempur.
Trak 1 Tan GS Kargo pula adalah kenderaan utiliti pelbagai guna untuk membawa anggota tentera atau kelengkapan.
Selain aset darat, sejumlah aset perairan juga diterima terdiri daripada 15 unit Boat Trailer dari Arena Mission Sdn. Bhd. dan sebuah Logistic Support Bridge dari Stare Resources Sdn. Bhd.
Bagi persenjataan pula, TD menerima 13 laras mesingan berat (HMG) 12.7mm dari Barincorp Sdn. Bhd. HMG merupakan senjata bantuan pada peringkat batalion yang dipasang pada kenderaan.
Kelengkapan terakhir yang diterma ialah aset komunikasi iaitu 1,000 buah Very High Frequency (VHF)
Section Set dari Mindmatics Sdn. Bhd.
Perolehan baharu secara berperingkat-peringkat sejak awal tahun 2022 lalu menjadikan kesiagaan TD
sentiasa berada pada tahap yang amat memuaskan.
Ini kerana terdapat sebahagian daripada kelengkapan tersebut turut digunakan oleh pasukan tentera pengaman negara yang sedang bertugas.
Penyerahan ini diselaraskan oleh Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Tentera Darat.
Dengan penerimaan kelengkapan baharu ini ia sejajar dengan matlamat meningkatkan tahap kesiagaan,
kompentensi dan aset TD. – DagangNews.com